Sabtu, 01 November 2008

INI ADALAH SATU JIHAD

Mungkin ramai dikalangan orang kita yang beranggapan bahawa bidang industri BAKERY ini tidak boleh membawa kita ke mana-mana. Mengikut pengalaman dan pengamatan saya selama saya menceburi bidang ini seawal 80an atau sebelum dari itu lagi, pada masa itu memang amat kurang orang kita yang menceburi industri ini. Sehinggakan ketika itu amat sukar untuk kita mendapatkan kek, roti dan biskut buatan orang kita. Orang-orang kita yang ada kesedaran tentang halal haram amat sukar untuk membuat pilihan ketika itu. Pada ketika itu didalam jemaah Islam sendiri pun tiada yang mengusahakan industri ini, yang ada mungkin secara personal seperti Roti Azan di Seremban, Roti Ria (MARA) di PJ dan beberapa lagi di Perak, Kelantan dan Kedah. Nak cari kedai kek orang kita memang amat sukar sekali. Ketika itu lah saya mula berkira-kira dan berfikiran untuk menceburi industri ini. Kalau tidak keterlaluan, saya adalah pengasas industri kek , roti dan biskut didalam jemaah Islam Al-Arqam. Ketika itu Al-Arqam adalah jemaah Islam tersohor yang memperjuangkan kesedaran tentang ekonomi Islam disamping perkara lain. Banyak cawangan-cawangan Al-Arqam di seluruh Malaysia yang ada kedai kek dan roti hasil tunjuk ajar saya. (Ya Alloh jangan lah Kau detikkan dihati ku ini sifat ujub dan riak...)

Kembali memperkata tentang industri bakery ini, kalau kita lihat bangsa lain mereka telah turun temurun mengusahakan nya. telah terlalu ramai yang menjadi jutawan malah meliunwan hasil dari usahanya didalam industri ini. Tak cukup muka surat kalau saya nak tuliskannya nama-nama mereka disini. Ini membuktikan betapa industri ini amat memberi peluang dan masa depan yang amat cerah dan cemerlang. Oleh sebab itulah makanya saya berhasrat untuk menjayakan dan mengajak rakan-rakan yang berminat didalam industri ini berusaha bersungguh-sungguh demi menyelamatkan umat Islam khususnya dari terperangkap memakan makanan seperti roti, kek, biskut dan yang sejenis dengannya yang dibuat olih orang-orang yang tidak tahu halal haramnya. (walau pun ada logo HALAL nya).

Pada saya lah... halal atau tak halalnya produk bakeri ini bukan saja ditentukan dari bahan-bahan ramuannya saja, malah cara membuatnya juga amat perlu diambil kira. Sebagai contoh,
saya pernah belajar membuat kek disebuah kedai kek yang dimiliki oleh orang bukan islam. Mereka menggunakan telur ayam yang retak kulitnya (kerana harganya jauh lebih murah). Mereka memasukkan telur ayam yang retak kulitnya itu ke dalam baldi kemudian diperonyokkan saja telur itu dengan kulit-kulitnya sekali kemudian baru ditapis untuk mengasingkan telur dan kulitnya. Ini lah cara mereka membuat kek (tidaklah semuanya mereka begitu). Itu lah sebabnya produk mereka murah harganya. Orang kita baham saja tanpa ambil kira halal haramnya. Yang penting ada logo HALAL. Tapi cuba kita bayangkan walau pun mereka menggunakan telur ayam yang sempurna adakah mereka membasuh terlebih dahulu kulit telur yang mereka nak gunakan itu. Sedangkan kulit telur itu adalah najis. Bila kulit telur yang najis itu di pegang dengan tangan nya kemudian dengan tangan itu juga ia mengadun kek atau roti atau biskut macamana? tentu nya nasjis, Bila najis tentu produknya itu jadi HARAM la. Kalau keadaan ini terjadi walau besar mana logo HALAL nya ia tetap HARAM. Andainya perkara yang sama dilakukan oleh orang Islam sekali pun ia nya tetap HARAM. Cuba rujuk Fatwa Mufti Negeri Selangor Allohyarham Dato' Ishak Baharom. Dalam Fatwanya bukan sahaja produk bakeri yang dihasilkan demikian HARAM hukum memakannya, bahkan kalau kita jumpa penjual roti canai atau mertabak atau sebagainya dipasar-pasar malam atau kedai-kedai mamak yang telurnya tidak dibasuh kulitnya maka termasuklah ia HARAM dimakan. Bukankah ini salah satu JIHAD dalam Islam.........
WALLOHUA'LLAM....

Tidak ada komentar: