Bila kita memperkatakan JIHAD ia melambangkan satu perjuangan yang besar yang akan mendapat balasan ALJANNAH. Hebat kan?. Tetapi adakah semudah itu kita bolih mendapatkan nya?. Ramai usahawan bila ia telah menceburkan diri didalam sesuatu bidang keusahawanan dengan mudah ia mendakwa ia telah berjihad. Jihad ekonomi katanya.
Menurut guru saya yang mula-mula menyedarkan saya tentang erti jihad ekonomi ini sebelum kita berjihad tidak kira dalam bidang apa sekali pun pertama-tama sekali kita kena kenal kepada siapa yang kita nak persembahkan jihad kita itu. Bila kita dah kenal untuk memastikan jihad kita itu akan diterima Nya atau tidak maka perkara utama yang wajib kita buat ialah mengikut peraturan Nya. Niatnya, perlaksanaannya, caranya dan natijahnya mestilah jelas mengikut peraturan Nya.
Kekadang niat kita dah betul kerana niat itu kan mudah, tetapi perlaksanaannya tak betul. Perlaksanaan yang tak betul macamana?, contohnya; tidak sembahyang sama ada pengusahanya atau pekerjanya. Tak tutup aurat sama ada pengusahanya atau pekerjanya. Terlibat dengan sistem riba'. Berhasad dengki sama ada taukenya atau pekerjanya. Melakukan dosa-dosa besar sama ada tuan nya atau kuli nya. Mengekalkan dosa-dosa kecil sama ada pengusahanya atau staf nya. Ini semua diantara pesanan guru saya supaya jangan ada perkara tersebut kalau kita nak berjihad.
Bagaimana pula cara yang tidak betul ketika kita ingin berjihad?. Pesan guru saya, dalam masa bekerja tidak ada percampuran antara pekerja lelaki dan perempuan. Tidak ada bunyi-bunyian yang mengasikkan yang dilarang oleh syariat Nya didalam perusahaan kita. Dijauhkan kata-kata keji dan kata-kata nista didalam primis kita. Sebaik-baiknya hendaklah dihiasi perusahaan kita dengan bacaan Al Quran atau sebagainya. Hai susah juga nak buat ni.
Natijahnya pula macamana?. Kata guru saya lagi, natijah atau matlamat usaha kita itu perlu jelas dan kena dilaksanakan. Contohnya; setelah kita berjaya dalam usaha kita itu salurkanlah keuntungan kita itu ke tempat yang betul, seperti melaksanakan tuntutan dan suruhan Nya, membantu orang yang memerlukan, membantu para pejuang kebenaran dan sebagainya. Yang tidak betul seperti bertambah egoisnya, membesarkan hal-hal dunia melebihi keperluan, membuat maksiat dan macam-macam lagi.
Wallahua'lam.
Sabtu, 01 November 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar