Sabtu, 01 November 2008

NOOR DE BAKE & CAFE

Perusahaan ini telah mula didaftarkan pada 1hb.september 1996, walau bagaimana pun saya telah mula berkecimpung di dalam industri ini seawal 1984. Setelah saya berumah tangga saya telah beristikharah kepada Alloh S.W.T memohon agar diberi petunjuk untuk memilih bidang kemahiran sebagai bekalan kehidupan saya di dunia Nya ini. Saya yakin dengan petunjuk Nya, inilah bidang yang telah ditentukan untuk hamba Nya ini. Semoga ianya menjadi satu bidang yang dapat memenuhi tuntutan FARDHU KIFAYAH agar ianya akan menjadi bekalan saya di dunia dan akhirat.
NOOR DE BAKE adalah nama singkatan dari perkataan NOOR DIN BAKERY. Nama ini telah diilhamkan olehNya kepada saya dan telah dipersetujui oleh keluarga dan rakan-rakan seperjuangan saya. Malah ramai yang memberi harapan bahawa jenama ini amat sesuai untuk dikomersialkan dengan lebih jauh lagi.
Sejak tahun 1984 saya telah menghadiri banyak kelas-kelas, kursus-kursus, latihan-latihan, seminar-seminar dan sebagainya yang berkenaan dengan industri ini, antaranya ialah UPM, MARDI, Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN), SIRIM, Bakeri Ria (MARA), KOLEJ KOMUNITI, BPMB, AGRO BANK dan lain-lain lagi.
Saya juga telah diberikan kepercayaan untuk mengajar secara teori dan praktikal di beberapa tempat seperti Pusat Komuniti, Jabatan Pertanian Sabak Bernam, Kolej Komuniti Sabak Bernam, kelas masakan KEMAS Sabak Bernam, Pusat-pusat latihan masakan swasta daerah Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kelang, Teluk Intan, Bagan Datoh, Manjung dan Ipoh.
Melalui sedikit ilmu dan pengalaman yang saya miliki ini, saya ingin mengembangkannya dan berkongsi dengan sesiapa saja yang berminat di dalam industri ini.
Wallahu'allam

Tidak ada komentar: