Minggu, 05 Desember 2010

SALAM PERJUANGAN UNTUK UMAT SEJAGAT.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah sebesar-besar kesyukuran ana panjatkan kerana masih diberi peluang oleh Nya mengecapi nikmat kehidupan dimaya pada Nya. Kesyukuran yang tidak terhingga juga di atas segala limpah rahmat Nya yang tidak setanding langsong dengan amal ibadah ana pada Nya.

Selawat dan salam keatas Junjungan mulia Rasul SAW, keluarganya, sahabat-sahabatnya, para tabiin, para salafussolih, para wali-wali Allah dan seterusnya kepada para pejuang kebenaran Nya hingga akhir zaman. Semoga mereka semua ini akan bertambah darjat dan kemuliannya di sisi Nya juga. Semoga mereka semua ini akan dapat membantu kita dengan syafaatnya di akhirat kelak. Amin Ya Robbal Alamin.......

Setelah lebih dua tahun ana tidak menulis dalam blog ana ini, hari ini di akhir tahun hijrah 1431 Allah telah mendetikkan hati ini untuk menulis, tujuan utamanya ialah bagi mengingatkan diri ini akan kebesaran Nya dan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada hamba Nya ini. Juga bagi membangkitkan kembali semangat jihad ekonomi yang telah ana tuliskan di dalam blog ini.

Dua tahun ana tidak menulis di sini bukan bermakna ana tidak meneruskan usaha jihad ekonomi yang ana lagang ini, tetapi dengan kehendak Nya juga setelah PR dapat mengambil alih pemerintahan negeri ana, ana telah dimasukkan dalam senarai individu yang diminta untuk memegang amanah dalam urusan pentadbiran PR di DUN dan negeri ana. Maka dengan demikian banyaklah pogram-pogram latihan, kursus, seminar, kuliah, usrah, masyuarat, perhimpunan dan sebagainya yang terpaksa ana ikuti. Maklumlah ana tidak pernah menyangka, tidak pernah menduga, tidak pernah bermimpi dan tidak pernah berangan langsong untuk jadi seperti ini malah tidak pernah terfikir pun PR akan menang di negeri ana ini yang telah menjadi sarang BN selama 53 tahun. Tapi itulah kerja Allah kan. Tak tahu lah ana sama ada ini semua anugerah dari Nya atau Istidraj dari Nya.

Waulohuaklam....semoga Allah melindungi kita dari kebencian dan kemurkaan Nya.

Apa yang ana dan kita semua harapkan malah sentiasa mendoakan agar ini semua akan menjadi titik permulaan keberhasilan perjuangan kita selama ini. Mudah2an ini semua adalah menifestasi dari doa-doa orang yang terdahulu dari kita sama ada yang telah meninggal dunia atau yang masih ada di maya pada ini. Kita sebagai penyambung pejuangan mereka hendaklah bersedia menerima dan memikul tanggong jawab ini sebagai tanggong jawab bukan sebagai bebanan dan keterpaksaan. Anda di bidang anda dan ana di bidang ana. Walau apa pun yang ada di depan kita bahtera perjuangan tetap terus bergerak tanpa menunggu sesiapa pun, siapa yang leka akan tertinggal atau tercicir.

Guru ana pernah mentarbiyah anak-anak buahnya, kata nya; bahtera perjuangan ini ibarat bas rombongan, ia akan bergerak ikut jadual, berhenti rehat pun ikut jadual dan waktu sampai kedistinasinya pun ikut jadual. Kita sebagai penumpang atau peserta rombongan perlulah sentiasa berwaspada jangan sampai kita leka dan lalai, lebih-lebih lagi ketika bus berhenti rehat. Jangan sampai kita leka atau terpengaruh dengan keindahan tempat rehat tersebut menyebabkan kita tak sedar bas kita dah bergerak menuju distinasi seterusnya.

Guru ana juga berpesan, kita sebagai peserta rombongan kena sentiasa taat dan setia dengan ketua rombongan dan peraturan-peraturannya. Ini semua selain untuk memudahkan ketua rombongan memantau kita agar kita tidak menjadi penghalang(hijab) perjalanan kenderaan rombongan kita. Semoga benarlah apa-apa yang guru ana pesankan itu - Al Fatihah untok guru ana yang ana hormati dan cintai itu..

Sebagai peringatan dan tanda kesyukuran ana diatas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada ana dalam usaha ana memperjuangkan jihat fardhu kifayah dalam bidang ana ini dengan rendah diri dan hati ana bersyukur yang amat sangat kepada Ilahi kerana telah di kurniakan kepada ana keluarga yang baik2 dan bahagia. Ini lah nikmat dunia yang banyak orang hajati yang telah Allah berikan kepada ana. Dengan kurniaan Allah dua orang isteri yang solehah, 16 0rang cahaya mata yang berjaya dan menyenangkan hati dan 6 orang cucu yang menghiburkan, ana rasa ini adalah anugerah dari Nya yang tidak terhingga, walau pun putus lidah ana kerana mengucap syukur Alhamdulillah namun tidak setimpal sedikit pun dengan anugerah Nya itu.

Tidak lupa juga ana panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan izin Nya juga dengan usaha jihad ekonomi yang ana usahakan ini telah dapat membiayai 5 orang daripada anak2 ana yang dapat menjejakan kakinya ke menara gading dan membiayai isteri kedua ana menghabiskan degreenya dengan mendapat kelas pertama di UiTM. Enam dari anak2 anak yang berjaya ialah Naematu Hafizah UM, Mohamad Hudzaifah Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman. Mohamad Nasaei UiTM, Mohammad Shihabudin USIM, Nurul Asyikin UNISZA, Mohammad Busyoiri Medic.Uni AL AZHAR Cairo.

Tidak ketinggalan juga Siti Naqiyah yang tamat Ting.5 SAM Mohammadiah, Mohammad Naqiuddin Ting.5 SBPI, Nurul Najihah Ting.3 SAM Mohammadiah, Nurul Saadah Ting.3 SAM Mohammadiah, Nurul Jannah (baru lepas UPSR 5A dan PSRA Mumtaz 96.4%), Ahmad Marzuki Maahad Tahfiz Sains Al Ummah, Mohammad Anas Drj.5 SRAI Mohammadiah, Ummu Balqis Drj.2(Khas) SKSU, Siti Sumaiyah dan Mohammad Handzalah Drj.1 SRAI Mohammadiah. Apa yang ana harapkan agar kesemua anak-anak ana dan keturunannya ini akan menjadi anak-anak dan hamba Allah yang soleh dan solehah.

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALLOHUAKBAR. Kekadang dengan nikmat yang telah dikurniakan itu menyebabkan ana lupa dan malu terhadap banyak lagi kekurangan pada ana yang perlu ana pohonkan kepada Nya.

Akhirnya, apa yang lebih penting dalam ana mengharungi liku2 kehidupan ini ialah mengharapkan kepada Allah SWT agar mengampunkan segala dosa2 ana yang telah lalu dan yang akan datang, hidup dan mati dalam Iman dan Islam, tetap dan istiqomah bersama jemaah yang memperjuangkan agama Nya dan dapat menjelaskan segala hutang piutang ana kepada Nya dan hamba2 Nya sebelum ana menemui Nya....AMIN YA ROBBAL ALAMIN.

WAULLAHUAKLAM dan SALAM PERJUANGAN

Tidak ada komentar: