Minggu, 05 Desember 2010

SALAM PERJUANGAN UNTUK UMAT SEJAGAT.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah sebesar-besar kesyukuran ana panjatkan kerana masih diberi peluang oleh Nya mengecapi nikmat kehidupan dimaya pada Nya. Kesyukuran yang tidak terhingga juga di atas segala limpah rahmat Nya yang tidak setanding langsong dengan amal ibadah ana pada Nya.

Selawat dan salam keatas Junjungan mulia Rasul SAW, keluarganya, sahabat-sahabatnya, para tabiin, para salafussolih, para wali-wali Allah dan seterusnya kepada para pejuang kebenaran Nya hingga akhir zaman. Semoga mereka semua ini akan bertambah darjat dan kemuliannya di sisi Nya juga. Semoga mereka semua ini akan dapat membantu kita dengan syafaatnya di akhirat kelak. Amin Ya Robbal Alamin.......

Setelah lebih dua tahun ana tidak menulis dalam blog ana ini, hari ini di akhir tahun hijrah 1431 Allah telah mendetikkan hati ini untuk menulis, tujuan utamanya ialah bagi mengingatkan diri ini akan kebesaran Nya dan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada hamba Nya ini. Juga bagi membangkitkan kembali semangat jihad ekonomi yang telah ana tuliskan di dalam blog ini.

Dua tahun ana tidak menulis di sini bukan bermakna ana tidak meneruskan usaha jihad ekonomi yang ana lagang ini, tetapi dengan kehendak Nya juga setelah PR dapat mengambil alih pemerintahan negeri ana, ana telah dimasukkan dalam senarai individu yang diminta untuk memegang amanah dalam urusan pentadbiran PR di DUN dan negeri ana. Maka dengan demikian banyaklah pogram-pogram latihan, kursus, seminar, kuliah, usrah, masyuarat, perhimpunan dan sebagainya yang terpaksa ana ikuti. Maklumlah ana tidak pernah menyangka, tidak pernah menduga, tidak pernah bermimpi dan tidak pernah berangan langsong untuk jadi seperti ini malah tidak pernah terfikir pun PR akan menang di negeri ana ini yang telah menjadi sarang BN selama 53 tahun. Tapi itulah kerja Allah kan. Tak tahu lah ana sama ada ini semua anugerah dari Nya atau Istidraj dari Nya.

Waulohuaklam....semoga Allah melindungi kita dari kebencian dan kemurkaan Nya.

Apa yang ana dan kita semua harapkan malah sentiasa mendoakan agar ini semua akan menjadi titik permulaan keberhasilan perjuangan kita selama ini. Mudah2an ini semua adalah menifestasi dari doa-doa orang yang terdahulu dari kita sama ada yang telah meninggal dunia atau yang masih ada di maya pada ini. Kita sebagai penyambung pejuangan mereka hendaklah bersedia menerima dan memikul tanggong jawab ini sebagai tanggong jawab bukan sebagai bebanan dan keterpaksaan. Anda di bidang anda dan ana di bidang ana. Walau apa pun yang ada di depan kita bahtera perjuangan tetap terus bergerak tanpa menunggu sesiapa pun, siapa yang leka akan tertinggal atau tercicir.

Guru ana pernah mentarbiyah anak-anak buahnya, kata nya; bahtera perjuangan ini ibarat bas rombongan, ia akan bergerak ikut jadual, berhenti rehat pun ikut jadual dan waktu sampai kedistinasinya pun ikut jadual. Kita sebagai penumpang atau peserta rombongan perlulah sentiasa berwaspada jangan sampai kita leka dan lalai, lebih-lebih lagi ketika bus berhenti rehat. Jangan sampai kita leka atau terpengaruh dengan keindahan tempat rehat tersebut menyebabkan kita tak sedar bas kita dah bergerak menuju distinasi seterusnya.

Guru ana juga berpesan, kita sebagai peserta rombongan kena sentiasa taat dan setia dengan ketua rombongan dan peraturan-peraturannya. Ini semua selain untuk memudahkan ketua rombongan memantau kita agar kita tidak menjadi penghalang(hijab) perjalanan kenderaan rombongan kita. Semoga benarlah apa-apa yang guru ana pesankan itu - Al Fatihah untok guru ana yang ana hormati dan cintai itu..

Sebagai peringatan dan tanda kesyukuran ana diatas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada ana dalam usaha ana memperjuangkan jihat fardhu kifayah dalam bidang ana ini dengan rendah diri dan hati ana bersyukur yang amat sangat kepada Ilahi kerana telah di kurniakan kepada ana keluarga yang baik2 dan bahagia. Ini lah nikmat dunia yang banyak orang hajati yang telah Allah berikan kepada ana. Dengan kurniaan Allah dua orang isteri yang solehah, 16 0rang cahaya mata yang berjaya dan menyenangkan hati dan 6 orang cucu yang menghiburkan, ana rasa ini adalah anugerah dari Nya yang tidak terhingga, walau pun putus lidah ana kerana mengucap syukur Alhamdulillah namun tidak setimpal sedikit pun dengan anugerah Nya itu.

Tidak lupa juga ana panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan izin Nya juga dengan usaha jihad ekonomi yang ana usahakan ini telah dapat membiayai 5 orang daripada anak2 ana yang dapat menjejakan kakinya ke menara gading dan membiayai isteri kedua ana menghabiskan degreenya dengan mendapat kelas pertama di UiTM. Enam dari anak2 anak yang berjaya ialah Naematu Hafizah UM, Mohamad Hudzaifah Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman. Mohamad Nasaei UiTM, Mohammad Shihabudin USIM, Nurul Asyikin UNISZA, Mohammad Busyoiri Medic.Uni AL AZHAR Cairo.

Tidak ketinggalan juga Siti Naqiyah yang tamat Ting.5 SAM Mohammadiah, Mohammad Naqiuddin Ting.5 SBPI, Nurul Najihah Ting.3 SAM Mohammadiah, Nurul Saadah Ting.3 SAM Mohammadiah, Nurul Jannah (baru lepas UPSR 5A dan PSRA Mumtaz 96.4%), Ahmad Marzuki Maahad Tahfiz Sains Al Ummah, Mohammad Anas Drj.5 SRAI Mohammadiah, Ummu Balqis Drj.2(Khas) SKSU, Siti Sumaiyah dan Mohammad Handzalah Drj.1 SRAI Mohammadiah. Apa yang ana harapkan agar kesemua anak-anak ana dan keturunannya ini akan menjadi anak-anak dan hamba Allah yang soleh dan solehah.

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALLOHUAKBAR. Kekadang dengan nikmat yang telah dikurniakan itu menyebabkan ana lupa dan malu terhadap banyak lagi kekurangan pada ana yang perlu ana pohonkan kepada Nya.

Akhirnya, apa yang lebih penting dalam ana mengharungi liku2 kehidupan ini ialah mengharapkan kepada Allah SWT agar mengampunkan segala dosa2 ana yang telah lalu dan yang akan datang, hidup dan mati dalam Iman dan Islam, tetap dan istiqomah bersama jemaah yang memperjuangkan agama Nya dan dapat menjelaskan segala hutang piutang ana kepada Nya dan hamba2 Nya sebelum ana menemui Nya....AMIN YA ROBBAL ALAMIN.

WAULLAHUAKLAM dan SALAM PERJUANGAN

Sabtu, 01 November 2008

HATI YANG BERSIH DITEMPA DARI MAKAN MINUM YANG BERSIH.






MENYEDARI hal yang sedemikian lah maka kami di NOOR DE BAKE berusaha untuk menyediakan produk makanan yang bersih, suci dan halal khususnya produk bakery bagi keperluan umat islam di tempat, daerah, negeri, negara dan dunia saya amnya. Insya Alloh.
Diantara produk utama kami ialah, anika jenis kek ;
1. KEK PISANG MADU.
Selain bahan-bahan asas seperti tepung gandun berprotin tinggi, telur gred A, majerin/mentega, gula halus dan bahan penaik yg diluluskan. Kami juga menggunakan buah pisang berangan segar dan madu asli.
2. KEK CHOCOLATE MOIST.
Kek ini cukup digemari oleh pelanggan. Ini adalah kerana ia moist/lembab maka keenakannya sehingga menjilat jari.
3. KEK BUAH-BUAHAN TEMPATAN.
Contohnya, kek buah durian, kek buah cempedak, kek keladi. kek oren dan kek buah mangga.
4. KEK BUAH-BUAHAN ISTIMEWA.
Kek ini istimewa kerana ia ditambah dengan madu asli dan buah-buahan yang diimpot. Ia boleh tahan lama membolehkan kami mengeluarkannya dengan banyak untuk pasaran yang lebih jauh.
5. MINI PIZZA DAN PIZZA.
Mini pizza kami buat untuk bekalan kantin-kantin sekolah, dewan-dewan makan sekolah yang berasrama. (sekarang ini setiap dewan makan sekolah yang berasrama ada menu mini pizza).
PIZZA hanya kami buat untuk pasaran tempatan dan di jual di premis kami saja. walau bagaimana pun ada di dalam rancangan kami untuk membuat PROZEN PIZZA untuk pasaran luar kawasan.
6. ROTI BUN PELBAGAI INTI.
Ia juga untuk pasaran utamanya kantin sekolah, dewan makan dan kedai- kedai runcit.
7. BAHULU TRADISIONAL.
Untuk buah tangan majlis-majlis keramaian, keraian dan kenduri kendara.
8. CUP CAKE \ KEK CAWAN.
Produk ini juga menjadi pilihan pelanggan untuk buah tangan majlis-majlis keraian dan kenduri kendara.
10. KEK AISING DAN FONDANT CAKE.
Produk ini untuk tempahan majlis perkahwinan, hari ulang tahun dan sebarang hari ucap selamat.
11. PELBAGAI JENIS BISKUT (COOKIES).
Produk ini mempunyai banyak permintaan di hari perayaan, walau bagaimanapun ada beberapa jenis biskut yang kami keluarkan tidak pada hari perayaan saja seperti biskut kacang, tat nenas dan biskut chocolate chip.



------------------------------------------------------------------------------------------------

BAGAIMANA NAK DIIKTIRAF SEBAGAI JIHAD

Bila kita memperkatakan JIHAD ia melambangkan satu perjuangan yang besar yang akan mendapat balasan ALJANNAH. Hebat kan?. Tetapi adakah semudah itu kita bolih mendapatkan nya?. Ramai usahawan bila ia telah menceburkan diri didalam sesuatu bidang keusahawanan dengan mudah ia mendakwa ia telah berjihad. Jihad ekonomi katanya.

Menurut guru saya yang mula-mula menyedarkan saya tentang erti jihad ekonomi ini sebelum kita berjihad tidak kira dalam bidang apa sekali pun pertama-tama sekali kita kena kenal kepada siapa yang kita nak persembahkan jihad kita itu. Bila kita dah kenal untuk memastikan jihad kita itu akan diterima Nya atau tidak maka perkara utama yang wajib kita buat ialah mengikut peraturan Nya. Niatnya, perlaksanaannya, caranya dan natijahnya mestilah jelas mengikut peraturan Nya.

Kekadang niat kita dah betul kerana niat itu kan mudah, tetapi perlaksanaannya tak betul. Perlaksanaan yang tak betul macamana?, contohnya; tidak sembahyang sama ada pengusahanya atau pekerjanya. Tak tutup aurat sama ada pengusahanya atau pekerjanya. Terlibat dengan sistem riba'. Berhasad dengki sama ada taukenya atau pekerjanya. Melakukan dosa-dosa besar sama ada tuan nya atau kuli nya. Mengekalkan dosa-dosa kecil sama ada pengusahanya atau staf nya. Ini semua diantara pesanan guru saya supaya jangan ada perkara tersebut kalau kita nak berjihad.

Bagaimana pula cara yang tidak betul ketika kita ingin berjihad?. Pesan guru saya, dalam masa bekerja tidak ada percampuran antara pekerja lelaki dan perempuan. Tidak ada bunyi-bunyian yang mengasikkan yang dilarang oleh syariat Nya didalam perusahaan kita. Dijauhkan kata-kata keji dan kata-kata nista didalam primis kita. Sebaik-baiknya hendaklah dihiasi perusahaan kita dengan bacaan Al Quran atau sebagainya. Hai susah juga nak buat ni.

Natijahnya pula macamana?. Kata guru saya lagi, natijah atau matlamat usaha kita itu perlu jelas dan kena dilaksanakan. Contohnya; setelah kita berjaya dalam usaha kita itu salurkanlah keuntungan kita itu ke tempat yang betul, seperti melaksanakan tuntutan dan suruhan Nya, membantu orang yang memerlukan, membantu para pejuang kebenaran dan sebagainya. Yang tidak betul seperti bertambah egoisnya, membesarkan hal-hal dunia melebihi keperluan, membuat maksiat dan macam-macam lagi.

Wallahua'lam.

INI ADALAH SATU JIHAD

Mungkin ramai dikalangan orang kita yang beranggapan bahawa bidang industri BAKERY ini tidak boleh membawa kita ke mana-mana. Mengikut pengalaman dan pengamatan saya selama saya menceburi bidang ini seawal 80an atau sebelum dari itu lagi, pada masa itu memang amat kurang orang kita yang menceburi industri ini. Sehinggakan ketika itu amat sukar untuk kita mendapatkan kek, roti dan biskut buatan orang kita. Orang-orang kita yang ada kesedaran tentang halal haram amat sukar untuk membuat pilihan ketika itu. Pada ketika itu didalam jemaah Islam sendiri pun tiada yang mengusahakan industri ini, yang ada mungkin secara personal seperti Roti Azan di Seremban, Roti Ria (MARA) di PJ dan beberapa lagi di Perak, Kelantan dan Kedah. Nak cari kedai kek orang kita memang amat sukar sekali. Ketika itu lah saya mula berkira-kira dan berfikiran untuk menceburi industri ini. Kalau tidak keterlaluan, saya adalah pengasas industri kek , roti dan biskut didalam jemaah Islam Al-Arqam. Ketika itu Al-Arqam adalah jemaah Islam tersohor yang memperjuangkan kesedaran tentang ekonomi Islam disamping perkara lain. Banyak cawangan-cawangan Al-Arqam di seluruh Malaysia yang ada kedai kek dan roti hasil tunjuk ajar saya. (Ya Alloh jangan lah Kau detikkan dihati ku ini sifat ujub dan riak...)

Kembali memperkata tentang industri bakery ini, kalau kita lihat bangsa lain mereka telah turun temurun mengusahakan nya. telah terlalu ramai yang menjadi jutawan malah meliunwan hasil dari usahanya didalam industri ini. Tak cukup muka surat kalau saya nak tuliskannya nama-nama mereka disini. Ini membuktikan betapa industri ini amat memberi peluang dan masa depan yang amat cerah dan cemerlang. Oleh sebab itulah makanya saya berhasrat untuk menjayakan dan mengajak rakan-rakan yang berminat didalam industri ini berusaha bersungguh-sungguh demi menyelamatkan umat Islam khususnya dari terperangkap memakan makanan seperti roti, kek, biskut dan yang sejenis dengannya yang dibuat olih orang-orang yang tidak tahu halal haramnya. (walau pun ada logo HALAL nya).

Pada saya lah... halal atau tak halalnya produk bakeri ini bukan saja ditentukan dari bahan-bahan ramuannya saja, malah cara membuatnya juga amat perlu diambil kira. Sebagai contoh,
saya pernah belajar membuat kek disebuah kedai kek yang dimiliki oleh orang bukan islam. Mereka menggunakan telur ayam yang retak kulitnya (kerana harganya jauh lebih murah). Mereka memasukkan telur ayam yang retak kulitnya itu ke dalam baldi kemudian diperonyokkan saja telur itu dengan kulit-kulitnya sekali kemudian baru ditapis untuk mengasingkan telur dan kulitnya. Ini lah cara mereka membuat kek (tidaklah semuanya mereka begitu). Itu lah sebabnya produk mereka murah harganya. Orang kita baham saja tanpa ambil kira halal haramnya. Yang penting ada logo HALAL. Tapi cuba kita bayangkan walau pun mereka menggunakan telur ayam yang sempurna adakah mereka membasuh terlebih dahulu kulit telur yang mereka nak gunakan itu. Sedangkan kulit telur itu adalah najis. Bila kulit telur yang najis itu di pegang dengan tangan nya kemudian dengan tangan itu juga ia mengadun kek atau roti atau biskut macamana? tentu nya nasjis, Bila najis tentu produknya itu jadi HARAM la. Kalau keadaan ini terjadi walau besar mana logo HALAL nya ia tetap HARAM. Andainya perkara yang sama dilakukan oleh orang Islam sekali pun ia nya tetap HARAM. Cuba rujuk Fatwa Mufti Negeri Selangor Allohyarham Dato' Ishak Baharom. Dalam Fatwanya bukan sahaja produk bakeri yang dihasilkan demikian HARAM hukum memakannya, bahkan kalau kita jumpa penjual roti canai atau mertabak atau sebagainya dipasar-pasar malam atau kedai-kedai mamak yang telurnya tidak dibasuh kulitnya maka termasuklah ia HARAM dimakan. Bukankah ini salah satu JIHAD dalam Islam.........
WALLOHUA'LLAM....

NOOR DE BAKE & CAFE

Perusahaan ini telah mula didaftarkan pada 1hb.september 1996, walau bagaimana pun saya telah mula berkecimpung di dalam industri ini seawal 1984. Setelah saya berumah tangga saya telah beristikharah kepada Alloh S.W.T memohon agar diberi petunjuk untuk memilih bidang kemahiran sebagai bekalan kehidupan saya di dunia Nya ini. Saya yakin dengan petunjuk Nya, inilah bidang yang telah ditentukan untuk hamba Nya ini. Semoga ianya menjadi satu bidang yang dapat memenuhi tuntutan FARDHU KIFAYAH agar ianya akan menjadi bekalan saya di dunia dan akhirat.
NOOR DE BAKE adalah nama singkatan dari perkataan NOOR DIN BAKERY. Nama ini telah diilhamkan olehNya kepada saya dan telah dipersetujui oleh keluarga dan rakan-rakan seperjuangan saya. Malah ramai yang memberi harapan bahawa jenama ini amat sesuai untuk dikomersialkan dengan lebih jauh lagi.
Sejak tahun 1984 saya telah menghadiri banyak kelas-kelas, kursus-kursus, latihan-latihan, seminar-seminar dan sebagainya yang berkenaan dengan industri ini, antaranya ialah UPM, MARDI, Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN), SIRIM, Bakeri Ria (MARA), KOLEJ KOMUNITI, BPMB, AGRO BANK dan lain-lain lagi.
Saya juga telah diberikan kepercayaan untuk mengajar secara teori dan praktikal di beberapa tempat seperti Pusat Komuniti, Jabatan Pertanian Sabak Bernam, Kolej Komuniti Sabak Bernam, kelas masakan KEMAS Sabak Bernam, Pusat-pusat latihan masakan swasta daerah Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kelang, Teluk Intan, Bagan Datoh, Manjung dan Ipoh.
Melalui sedikit ilmu dan pengalaman yang saya miliki ini, saya ingin mengembangkannya dan berkongsi dengan sesiapa saja yang berminat di dalam industri ini.
Wallahu'allam